Data percuma satu gig sebulan diteruskan



PETALING JAYA – Pemberian satu gigabit data harian secara percuma dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu bakal dinikmati kira-kira 44 juta pelanggan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melibatkan peruntukan kira-kira RM500 juta.


“Kemudahan internet boleh dianggap utiliti keperluan asas bagi hampir semua aktiviti harian, termasuklah bagi pembelajaran, bekerja dari rumah, pembelian barangan secara dalam talian dan perkhidmatan kerajaan serta swasta,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung hari ini. – Kosmo




Join our Telegram Channel
Telegram