PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion.
Kata beliau, ia merangkumi tiga bantuan iaitu pertama, Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.
“Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, kerajaan bersetuju memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.
“BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September nanti. September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion,” katanya dalam Pengumuman Khas Pemulih hari ini.
Beliau juga mengumumkan pemberian Bantuan Khas Covid-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:
– Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember. Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.
– Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
– Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada Ogos nanti.
“Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion,” katanya.
Muhyiddin juga mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan dengan pada Oktober nanti, sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.
“Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 ringgit.
ARTIKEL BERKAITAN:
- BPR tambahan RM500 dibayar mulai esok
- KWSP: Boleh keluar i-Citra sehingga RM5000
- Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai
- Bantuan Khas Covid-19: B40 dapat RM500, M40 dapat RM250, bayar Ogos
- Diskaun bil elektrik 3 bulan hingga 40 peratus bermula Julai
- Peruntukan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen
- Data percuma satu gig sebulan diteruskan
- Terima kasih tapi kalau bayar i-Citra Ogos masa tu rakyat dah tercekik, ini cadangan Najib...
Join our Telegram Channel