Saya amat bersyukur kepada kerajaan PN dan pihak KWSP untuk membenarkan
pengeluaran melalui skim i-Citra (yang gantikan skim i-Sinar dan i-Lestari).
Mengikut pengumuman PM8, permohonan bagi skim ini akan bermula pada 15 Julai
dan bayaran pertama sebanyak RM1k hanya akan dibayar pada bulan Ogos.
Perlu ingat bahawa sekiranya bayaran pertama RM1k ini dibuat pada 1 Ogos 2021,
pemohon terdesak sudah bertahan selama 2 bulan 21 hari sejak PKP 3.0 seluruh
negara bermula pada 12 Mei.
Saya percaya ramai akan mempunyai tunggakan komitmen yang lebih besar apabila
sampai tarikh 1 Ogos sebab sudah berkurung hampir 3 bulan tanpa pendapatan
atau dengan pendapatan yang berkurang,
Jadi, adakah bayaran pertama RM1k hanya pada bulan Ogos akan memenuhi
keperluan serta tunggakan komitmen bagi mereka yang sudah berkurung hampir 3
bulan?
Harap skim ini boleh ditambah baik dengan menukar bayaran RM1k X 5 bulan ke:
- Julai: RM2k
- Ogos: RM2k
- September: RM1k
Apapun, jumlah bagi bayaran pertama perlu lebih tinggi berbanding bayaran
seterusnya sebab sudah wujudnya tunggakan.
Saya cadang begini, memandangkan:
- sistem pengeluaran yang diguna pakai bagi i-Lestari/i-Sinar sudah ada. Elya pun sudah ada untuk memulakan permohonan (harap tanpa syarat) minggu depan dan bukan pada 15 Julai.
- aliran tunai dari caruman bulanan baharu yang diterima KWSP sekitar RM10 bilion sebulan sudah mencukupi untuk membiayai pengeluaran i-Citra tanpa menjual aset atau bon KWSP.
- kebanyakan sektor dijangka dibuka semula pada bulan September/Oktober di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara dan keperluan untuk bergantung pada pengeluaran KWSP akan berkurang masa itu.
Patut juga pertimbangkan untuk naikkan pengeluaran maksima bagi golongan M40
yang mempunyai baki simpanan KWSP melebihi RM100k dari RM5k ke RM10k sebab
komitmen bulanan golongan M40 biasanya lebih tinggi berbanding golongan B40.
Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP.
ARTIKEL BERKAITAN:
- BPR tambahan RM500 dibayar mulai esok
- KWSP: Boleh keluar i-Citra sehingga RM5000
- Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai
- Bantuan Khas Covid-19: B40 dapat RM500, M40 dapat RM250, bayar Ogos
- Diskaun bil elektrik 3 bulan hingga 40 peratus bermula Julai
- Peruntukan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen
- Data percuma satu gig sebulan diteruskan
- Terima kasih tapi kalau bayar i-Citra Ogos masa tu rakyat dah tercekik, ini cadangan Najib...
Join our Telegram Channel