Doktor dedah wajah sebenar Neelofa disebalik purdah



SHAH ALAM - Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah menyumbang sebanyak 15 katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka.

Perkara ini dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali Aznil Hisham yang memuat naik video ucapan ikhlas daripada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka di aplikasi TikTok.

"Bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka dan juga rakyat Melaka, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit Covid-19," ucap Dr Abdul Rahman di aplikasi itu.


Kata Aznil, dua minggu lalu, Jabatan Kecemasan dan Trauma memaklumkan pihaknya kekurangan katil untuk menampung jumlah pesakit Covid-19.

Akibat kekurangan katil itu, terdapat beberapa pesakit terpaksa duduk di lantai buat sementara waktu.

"Namun dengan takdir ALLAH, seorang hamba ALLAH menyumbang katil elektronik yang bernilai RM6,000 sebuah. Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil. Hanya ALLAH sahaja membalas kebaikan Puan," tulisnya mendapat perhatian warganet pada Khamis.

Isu kekurangan katil di jabatan tersebut juga diperakui oleh warganet dikenali Zainal Bin Shamsuddin apabila berkongsi pengalaman di ruang komen semasa menghantar ibu mentua di wad kecemasan.


"Yer doktor... semalam mak mentua saya terpaksa tunggu hingga malam untuk dimasukkan ke Wad di Hospital Melaka sebab kekurangan katil. Dia masuk kecemasan waktu malam dan terpaksa duduk di Wad kecemasan sehingga siang esoknya baru dapat masuk wad," tulisnya.

Kata Anne Abd Ghani pula, "Dia (Neelofa) selalu menderma. Tapi tak nak dihebohkan sebab itu dia sentiasa dimurahkan rezeki. Masya-ALLAH".

Ujar RemEyque ElMedina, "Alhmdulillah Puan Neelofa dan suami di atas sumbangan. Besar ganjaran ALLAH untuk mereka yang berkongsi rezeki, syukur". – Sinar












Join our Telegram Channel
Telegram