Bahasa dan loghat sesuatu kawasan memainkan peranan sangat penting untuk
menyampai mesej kepada penduduk setempat.
Sekaligus ia memudahkan orang ramai memahami dan ‘melekat’ pada mesej yang
hendak disampaikan kepada mereka.
Terbaharu, tular beberapa video berbeza menunjukkan van dan kenderaan pikap
berjalan di kawasan perumahan sambil membuat hebahan melalui pembesar suara
mengenai kepentingan mematuhi SOP dan mendapatkan vaksin.
Menurut laman Facebook Melaka Hari Ini, beberapa video yang tular itu
merupakan hasil inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Melaka
menerusi Hebahan Unit Bergerak atau Info On Wheels (IOW) dalam meningkatkan
pendidikan norma baharu kepada masyarakat setempat.
Disebalik suara hebahan yang bersahaja dan mesra menggunakan ‘loghat Melaka’
itu, ia disampaikan oleh Cikgu Amir yang merupakan seorang guru di SMK Seri
Tanjung dan juga Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2021 anjuran
JaPen yang baru berlangsung baru-baru ini.
Kerjasama di antara JaPen Melaka dan Cikgu Amir dibuat menerusi ‘voice over’
(VO) itu bagi memudahkan penduduk setempat lebih memahami mesej yang ingin
disampaikan oleh pihak kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan
meningkat jumlah penduduk setempat mengambil vaksin.
Menurut pengarah JaPen Melaka, Mohd Rizal Hashim menyatakan bahawa penduduk
setempat menyifatkan usaha itu amat bagus dalam mendidik orang ramai dan pada
masa yang sama seramai 590 individu telah mendaftar vaksin hasil usaha IOW
tersebut.
Inisiatif tersebut ternyata turut meraih perhatian pengguna media sosial di
pelbagai platform. Rata-rata orang ramai sangat terhibur dengan cara
penyampaian bersahaja dan mesra dengan menggunakan loghat Melaka.
Perkara ini diakui sendiri oleh Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan
Komunikasi dan Masyarakat, JaPen Melaka, Nurhasnani binti Abd Wahab apabila
video hebahan tersebut tular di media sosial, pihak IOW menerima permintaan
dari orang ramai untuk datang ke tempat mereka untuk membuat hebahan seperti
itu.
“Kita melihat orang ramai memberi perhatian apabila kita datang dan baru-baru
ini kita menggunakan dialek Melaka penduduk macam teruja dengar sampai tular
di media sosial.
Please subscribe
Please subscribe
Please subscribe
Please subscribe
Join our Telegram Channel