PUTRAJAYA - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa Jumaat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyerahkan watikah pelantikan itu pada sidang akhbar sebentar tadi.
Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Negara.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel