Urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan akan menggunakan nama rasmi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut satu memo Pejabat Perdana Menteri.
Nama rasmi atau nama sebenar Muhyiddin, seperti yang tertera pada kad
pengenalan - adalah Mahiaddin Md Yasin.
Memo perhubungan bertarikh 3 Jun 2021 ditandatangani ketua setiausaha sulit
Muhyiddin, Marzuki Mohamad dan ditujukan kepada semua pegawai dan kakitangan
Pejabat Perdana Menteri.
"Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi
perdana menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri
Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin.
"Sehubungan itu, semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan yang
memerlukan penggunaan dan tandatangan atas nama Perdana Menteri hendaklah
menggunakan nama rasmi Perdana Menteri seperti di atas.
"Arahan ini berkuat kuasa serta merta," menurut memo itu.
Marzuki mengesahkan memo tersebut dengan Malaysiakini.
Pada 2 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan satu perintah
penahanan yang ditandatangani Muhyiddin kerana tidak menggunakan nama seperti
dalam kad pengenalannya.
Join our Telegram Channel