Tun M: Saya tidak cadang tukar kerajaan, tawar diri ketuai Mageran kerana banyak pengalaman



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak mencadangkan pertukaran kerajaan ketika membawa usul penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Khamis lalu.

Beliau berkata, paling utama MPN mesti mampu menyelesaikan empat krisis yang dinyatakan dan beliau yakin Al-Sultan Abdullah mempunyai kuasa eksekutif untuk merealisasikannya tanpa cadangan daripada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika Wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad secara maya disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

AKAN MENYUSUL – Sinar


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau menawarkan diri untuk mengetuai Majlis Gerakan Negara (Mageran) kerana pengalamannya.

Menurutnya, ini kerana masalah yang melanda negara pada masa ini memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman yang banyak.

“Saya mempunyai banyak pengalaman. Saya sudah tangani pelbagai jenis masalah seperti masalah kewangan, masalah politik dan masalah serangan mata wang.

“Selama 22 tahun saya ada, saya dapat banyak pengalaman,” katanya ketika wawancara Ekslusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad secara maya disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

AKAN MENYUSUL – Sinar


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram