Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali kena ‘bedal’ gara-gara ucapan Hari Bapa
dalam twitter beliau.
Hampir 90% netizen mengkritik Azmin dengan pelbagai sindiran sehingga nama
Haziq Aziz timbul dalam ciapan balas di ruangan komen.
Azmin bagaimanapun tidak membalas ciapan netizen yang bertalu-talu ‘membedal’
beliau.
Serangan netizen terhadap Azmin dipercayai kerana sakit hati dengan
kecemerlangan beliau mengendalikan MITI serta kejayaan Azmin membawa pelabur
masuk ke Malaysia.
Azmin juga salah seorang daripada Menteri yang sentiasa bekerja keras bagi
menghadapi pandemik covid19 sejak Mac 2020 sehingga sekarang.
Walau seteruk mana Azmin kena ‘bedal’ kerana ucapan Hari Bapa, beliau sudah
pasti tidak mengambil serius perkara tersebut.
Dengan imej paling popular dalam Perikatan Nasional & negara, tidak ada
apa perlu digusarkan Menteri Kanan itu.
Kepada netizen pula, usahlah semua perkara dijadikan polemik menyerang Azmin.
Lihatlah dan hargailah usaha beliau kepada Malaysia selama ini.
Dengan kemampuan Azmin, mengapa perlu ada istilah kerajaan gagal? Rakyat perlu
melihat sisi positif yang selama ini dilakukan beliau selaku Menteri Kanan
(MITI).
Join our Telegram Channel