Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri di laman Instagram memuat naik video
ditujukan khas untuk seorang usahawan kosmetik yang didakwa sudah keterlaluan.
Usahawan kosmetik itu bersama beberapa rakannya telah buat Instagram Live di
platform mereka dan didakwa membincangkan topik-topik yang tidak bersesuaian
dengan lapisan masyarakat, selain ada aksi yang dilihat keterlaluan.
PU Syed menegur usahawan tersebut dan menyeru agar pihak berkuasa tertentu
mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Menurut PU Syed, dia terkilan dan kecewa dengan tindakan yang dianggap
keterlaluan terhadap topik dibincangkan oleh usahawan kosmetik tersebut.
Lebih membimbangkan lagi apabila perbincangan tersebut dilakukan secara umum
di IG Live.
PU Syed turut khuatir apabila terdapat kanak-kanak di bawah umur yang menonton
content tersebut.
Saya nak kupas isu mengenai S***** I**** dan kawan-kawannya. Minta maaf
apabila sebut nama ini kita sudah kenal dia agak lantang dan mempertahankan
apa yang dilakukan.
Isu secara live mendedahkan sesuatu yang tak perlu didedahkan. Membincangkan
sesuatu yang sangat jijik untuk dibincangkan.
Saya seru kepada kerajaan yang memerintah, mereka mendedahkan segala-galanya
dan beranggapan mereka berada di pihak yang benar. Ketika mana kita tegur,
mereka beranggapan mereka teraniaya dan mereka perlukan sokongan.
Sementara itu, PU Syed turut menyeru kepada pihak berkuasa untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Tambahnya, ini bukan kali pertama memberi teguran kepada mereka. Malah, sudah
berkali-kali menegur mereka secara lembut tetapi kurang berhasil juga.
Yang paling pening sekali ada orang yang menyokong mereka ini. Menyokong
produk, membeli produk mereka, mengatakan kita doakanlah buat mereka.
Mereka mengatakan kita hendak menumpang populariti mereka. Siapa yang
mengangkat populariti mereka? iaitu netizen sendiri.
Wahai netizen, kamu perlu kenal siapa yang kamu angkat untuk meletakkan mereka
ditempat yang tinggi. Sebab takut dia jatuh dan bawa contoh buruk kepada
masyarakat.
Kalau rosak akidah, rosak akhlak adalah suatu yang sukar untuk kita berpatah
balik dan baiki. Maka, kalian yang mempunyai kuasa dalam undang-undang negara
yang mempunyai kuasa, agama kita perlu hentikan perkara ini dan tak boleh bagi
kompromi lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Usahawan kosmetik tersohor tayang payu dara ketika live dikecam
- Safiey Illias ditahan sembang lucah dengan kanak-kanak bawah umur
- Usahawan kosmetik cerita pengalaman masuk lokap tak pakai bra elak malang
Join our Telegram Channel