17 lokaliti dikenakan PKPD mulai Sabtu, kata Hishammuddin



PETALING JAYA: 17 lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 31 Julai hingga 13 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata dalam kenyataan, 17 lokaliti dikenakan PKPD susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD bermula 31 Julai hingga 13 Ogos adalah seperti berikut:


Sabah
  • Dua lokaliti di Ranau, iaitu Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou
  • Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis
  • Kampung Marintaman, Sipitang
  • Dua lokaliti di Telupid, iaitu Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong
  • Kampung Airport Lama, Tawau

Kelantan
  • Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas
  • Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang

Terengganu
  • Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Kemaman


Pahang
  • Apartment Amber Court & Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands, Bentong
  • Felda Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai, Lipis

Perak
  • Empat lokaliti dalam daerah Perak Tengah, iaitu Kg Biak Hilir, Kg Biak Darat, Kg Biak Baroh dan sebahagian Kg Pasir Salak

Kedah
  • Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling.

Lanjutan PKPD 31 Julai hingga 13 Ogos
  • Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, Sabah
  • Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah
  • Kampung Seratau, Bahagian Kuching, Sarawak


Penamatan PKPD pada 30 Julai
  • Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd & Asrama Pekerja Kilang Latexx ( Latexx Village & Ivor Hostel), Taiping
  • Tiga lokaliti dalam daerah Kerian, Perak iaitu Apartment Tropicana, Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai
  • Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka
  • Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Sabah
  • Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Selangor
  • Penjara Tawau & Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, Sabah
  • Dua lokaliti dalam Bahagian Kuching, Sarawak iaitu Kampung Astana dan Kampung Sungai Bedil

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata seramai 296 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 20 direman. – FMT

 

Join our Telegram Channel
Telegram