Mufti Perlis Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin hari ini
membuat satu hantaran di media sosial menyatakan kekesalannya terhadap Perdana
Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional kerana membatalkan Ordinan Darurat.
Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Maza itu mempersoalkan tujuan melantik
dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Bebas Darurat sebelum ini yang akhirnya
tidak berfungsi sedikitpun di dalam membuat keputusan untuk membatalkan
ordinan tersebut.
"Sia sia pelantikan kami JK Bebas Darurat untuk menasihati KDYMM YDP Agong
berhubung dengan menamatkan atau meneruskan Darurat jika kabinet boleh buat
keputusan membatalkan Darurat tanpa memerlukan YDP Agong." ciappan di akaun
twitter Dr Maza.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan memutuskan untuk tidak
melanjutkan tempoh Darurat dan Ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Darurat
selepas 1 Ogos.
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa pula sebaliknya menafikan pemabatalan
ordinan tersebut dengan mengatakan ianya masih "dalam proses".
"Harus teliti bila membaca atau menyebar berita. Darurat tidak dibatalkan, ia
tidak perlu pembatalan.
"Proklamasi 11 Mac 2021 menetapkan tempoh darurat tamat pada 1 Ogos 2021. Tak
berbangkit lagi soal pengumuman.
"Yang dalam proses pembatalan ialah ordinan-ordinan darurat," ciap Annuar di
Twitter hari ini.
Bagaimanapun kekeliruan pembatalan tersebut disahkan oleh Perdana Menteri
dengan menyatakan ianya mengikut undang-undang dan tidak melanggar sebarang
perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
telah menzahirkan rasa sangat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen
bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan
tanpa mendapat perkenan baginda.
Percanggahan ini menjadikan negara mengalami krisis perlembagaan selepas
beberapa krisis kritikal lain sebelum ini seperti krisis kesihatan, ekonomi
dan politik.
Ramai pihak di sebelah kerajaan dan pembangkang tampil mendesak Mahiaddin
bertanggungjawab di atas krisis perlembagaan ini dengan meletakkan jawatan
selain kegagalan beliau menangani krisis kritikal lain walaupun mempunyai
kuasa besar ketika ordinan darurat dikuatkuasakan.
Sia sia pelantikan kami JK Bebas Darurat untuk menasihati KDYMM YDP Agong berhubung dengan menamatkan atau meneruskan Darurat jika kabinet boleh buat keputusan membatalkan Darurat tanpa memerlukan YDP Agong.
— Dr MAZA official (@realDrMAZA) July 30, 2021
Join our Telegram Channel