Hishammuddin adakan pertemuan dengan Tengku Zafrul bincang Pelan Pemulihan Negara



CYBERJAYA: Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Hishammuddin, pertemuan itu membincangkan bagi menambahbaik keupayaan infrastruktur kesihatan, meningkatkan kadar vaksinasi, memperluaskan bantuan kebajikan, menambahbaik formulasi SOP serta memastikan koordinasi dan tindakan bersepadu di setiap peringkat termasuk daripada sudut logistik.


“Bertemu dan berbincang bersama Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Zafrul.

“Penting untuk kami mempunyai hala tuju yang sama memandangkan salah satu tugas saya sebagai Menteri Kanan Luar Negeri ialah membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan PPN.” kata Hishammuddin.

Ujarnya yang juga Ketua Kluster Keselamatan yang baru dilantik oleh Perdana Menteri, beliau amat memahami dengan kegusaran rakyat terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka.

Gerak kerja ini perlu bersifat menyeluruh dan segera, jelas beliau.


“Saya faham, kegusaran terbesar rakyat ketika ini ialah situasi di Selangor dan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka. Dengan mandat yang diberikan, saya bersama-sama Tengku Zafrul mahu pastikan gerak kerja demi memulihkan situasi dilipatgandakan.

“Saya percaya, gerak kerja ini perlu bersifat menyeluruh dan segera. Ia termasuk menambahbaik keupayaan infrastruktur kesihatan, meningkatkan kadar vaksinasi, memperluaskan bantuan kebajikan, menambahbaik formulasi SOP serta memastikan koordinasi dan tindakan bersepadu di setiap peringkat termasuk daripada sudut logistik. – SuaraTV





Join our Telegram Channel
Telegram