Please subscribe
* UPDATE: Ucapan DSN ditangguhkan..
Saya dijadualkan untuk menjadi ahli parlimen kedua untk memberi hujah balas
kepada penerangan Menteri Kewangan sekitar 11:30 pagi.
Namun, saya diberitahu bahawa saya diberikan masa hanya 10 minit untuk
berucap.
Sebab itu, saya terpaksa buang sebahagian besar ucapan saya dan saya hanya
akan memberi fokus kepada isu yang paling mengancam dan menyeksakan Rakyat
dalan Pelan Pemulihan Negara ketika ini, iaitu:
1. Kerajaan sebenarnya telah merancang untuk kes Covid naik ke 24,000 kes
baharu pada bulan September tanpa melihat kepada keadaan semasa di mana kes
aktif sudah naik lebih 3 kali ganda sejak sebulan dahulu dan kes kematian
memecah rekod hampir tiap-tiap hari.
Sekiranya kerajaan sudah rancang kes naik ke 24,000, berapakah kematian baharu
yang dirancang dan diterima kerajaan pada ketika itu?
2. Kerajaan mengambil risiko besar bahawa kes baharu Covid akan jatuh dari
24,000 pada bulan September ke 1,000 pada Oktober.
3. Mengikut jadual PPN, kerajaan akan memerlukan Rakyat berkurung
sekurang-kurangnya 2 bulan 3 hari lagi dari hari ini sehingga bulan Oktober
biarpun Rakyat sudah kurung 2 bulan 18 hari sejak 12 Mei.
Pada saya, rancangan ini tidak boleh diterima dan tidak bertanggung jawab atas
nyawa dan kehidupan Rakyat.
Saya juga tengok tiada siapa yang melihat kelemahan pada pelan ini ataupun ada
cadangan untuk mengatasinya biarpun sesi parlimen sudah kecoh selama 3 hari.
Sebab itu saya akan memberi candangan bagaimana kerajaan boleh mengubah
pendekatan PPN mereka agar lebih ramai nyawa diselamatkan, kita tidak sampai
ke paras 24,000 kes dan Rakyat boleh keluar bekerja dalam keadaan yang lebih
selamat lebih awal.
Join our Telegram Channel