Gara-gara bapa pernah menyembunyikan perkahwinannya di Thailand, seorang
wanita berdepan detik ‘hitam’ apabila dia tanpa sengaja mengahwini abang
kandungnya sendiri sehingga mereka dikurniakan zuriat.
Lebih mengejutkan apabila perkara itu hanya terbongkar selepas dua tahun
‘pasangan’ ini mendirikan rumah tangga.
Kisah ini dikongsikan di Facebook oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan
Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli.
Menurut beliau, wanita terbabit dipercayai mula berkenalan dengan lelaki itu
ketika masing-masing menyambung pelajaran di sebuah universiti.
Mereka bercinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan
rumah tangga selepas tamat belajar.
Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah
meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang
curiga pun.
Selepas grad, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai
walinya.
Pernikahan berjalan dengan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka
dikurniakan seorang cahaya mata.
Namun segala-galanya terbongkar selepas ibu mertua wanita ini menceritakan
tentang kisah silamnya bahawa dia pernah berkahwin di sempadan Thailand tanpa
pengetahuan sesiapa.
Selepas melahirkan anak lelaki, mereka berdua bercerai. Ternyata bekas suami
ibu mertuanya itu adalah bapa kandungnya sendiri. Difahamkan, mereka juga
tidak pernah membuat pengesahan pernikahan.
Keinginan wanita ini untuk melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya tersebut
menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana.
Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah
meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut. Terkedu lidah.
Bahkan nombor kad pengenalan juga passport sama.
Menurut sumber, ibu mertua wanita ini memaklumkan bahawa bekas suaminya itu
mengaku dirinya seorang duda dan mereka membuat keputusan untuk bernikah di
Thailand kerana tidak mendapat restu.
Alangkah terkejutnya wanita ini selepas melihat gambar ‘ayah mertuanya’ itu
rupa-rupanya adalah bapa kandungnya sendiri.
Menjerit dia dan berlari dia keluar rumah dan terus pandu keretanya pulang ke
rumah keluarganya. Menangis sepanjang perjalanan. Tiba di rumah ibunya, terus
dia ceritakan segalanya.
Suami wanita ini tiba lebih kurang satu jam selepas balik daripada tempat
kerja secara kecemasan.
Bimbang apa-apa berlaku kepada isterinya. Selepas diceritakan segalanya, biru
pucat suaminya tersebut. Menangis air mata mengalir tak henti.
Posting tersebut telah mendapat dikongsikan oleh pengguna Facebook hampir 1.7k
kali.
Di ruangan komen, ada di antara mereka turut berkongsi kisah sama yang pernah
dilalui mereka.
Join our Telegram Channel