KENYATAAN MEDIA
Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan yang kini
menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO dengan
ini saya amanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa
serta merta.
Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan
organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.
Dengan kedudukan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan sebagai Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam
soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen Barisan
Nasional.
UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’
Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai
Pengarah Pilihan Raya UMNO.
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
13 Julai 2021
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel