TRENTON, New Jersey – Seorang pelajar perempuan di Amerika Syarikat yang
dilahirkan memiliki dua rahim dan dua vagina mengaku dia mengalami haid dua
kali sebulan dan masih boleh mengalami menstruasi biarpun ketika hamil, lapor
laman berita Mirror UK kelmarin.
Paige DeAngelo, 20, mempunyai uterus didelphys iaitu sejenis kecacatan sejak
lahir yang menyebabkan dia mempunyai dua sistem reproduktif yang berfungsi
sepenuhnya.
Keadaan itu menyebabkan dia mengalami dua menstruasi dua kali.
Ia juga bermaksud DeAngelo boleh hamil dalam salah satu rahim dan tidak
menyedarinya sehinggalah dia mengalami gejala.
DeAngelo mendedahkan perkara tersebut di laman TikTok dan berkata, kehamilan
boleh berlaku dalam kedua-dua rahimnya pada masa yang sama sekali gus berisiko
menyebabkan komplikasi kesihatan.
Menurutnya, dia menderita menstruasi tidak tetap selama bertahun-tahun namun
hanya mengetahui menghidap uterus didelphys dua tahun lalu.
“Menstruasi saya tidak teratur dan ada kalanya saya didatangi haid selang dua
minggu sebulan dan adakalanya selang beberapa minggu,” jelasnya.
DeAngelo berkata, keadaannya juga menyebabkan dia berisiko tinggi untuk
melahirkan bayi pramatang dan keguguran memandangkan saiz rahimnya lebih kecil
berbanding biasa.
Dia juga mengakui menangis selepas mendapat tahu tentang keadaannya dan doktor
memaklumkan sekiranya dia mahu menjadi ibu, DeAngelo mungkin perlu menggunakan
khidmat ibu tumpang.
@paige.deangelo Reply to @hayleemichelle_ answering your Qs about ##uterinedidelphys & spreading some knowledge 👊🏻 ask away no shame
♬ son original - Gygy 💋🎀🦋
Join our Telegram Channel