KUALA LUMPUR – Seramai enam Ahli Parlimen telah tiba di Istana Negara di sini setakat pukul 2 petang tadi hari ini.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai menjadi individu pertama yang tiba kira-kira 1.50 petang.
Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu disusuli Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.
Kosmo! melaporkan, semua Ahli Parlimen diminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri pilihan mereka.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi satu notis memberitahu, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format tertentu, ia harus mempunyai beberapa butiran di dalamnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid tidak menamakan diri sebagai calon PM
- Muhyiddin tak tolak kemungkinan kembali sebagai PM
- Kerajaan PN tidak gagal, kita buat ibadah selamatkan nyawa – Mahiaddin
- MP diarah calonkan PM sebelum 4 petang esok
- 6 Ahli Parlimen tiba di Istana Negara
- Agong cadang tubuh kerajaan dengan kekuatan semua parti – Anwar
Join our Telegram Channel