Putrajaya – Apa yang dirancang sebagai peralihan kuasa licin dari Perdana Menteri tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Timbalannya, Datuk Seri Ismail Sabri mungkin tidak menjadi kenyataan dan membawa negara kepada krisis politik terbaharu.
Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO, telah mendapat sokongan 100 orang ahli Parlimen dalam blok kerajaan sedia ada. Namun sehingga pagi ini, kumpulan serpihan 15 orang ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, enggan menyokongnya.
100 sokongan terhadap Ismail Sabri setakat ini adalah melalui Bersatu (31), PAS (18), STAR (1), PBS (1), UMNO (23), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS (18), Bebas (4).
Sementara itu Anwar Ibrahim dipercayai mempunyai sokongan 92 orang melalui PKR (35), DAP (42), PAN (11), PSB (2), UPKO (1), Bebas (1).
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel