Mahiaddin tiba di Istana Negara



KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dengan kenderaan membawa perdana menteri dilihat memasuki pekarangan melalui pintu utama pada 12.23 tengah hari.

Dilaporkan Muhyiddin ke Istana Negara hari ini untuk menyerah surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sebelum itu, kenderaan membawa Muhyiddin tiba di Perdana Putra pada 8.07 pagi tadi untuk perjumpaan pegawai tertinggi kerajaan dan mesyuarat khas Kabinet.


Ia susulan laporan bahawa Muhyiddin akan bertemu dengan Agong hari ini berhubung kedudukannya selaku perdana menteri.

Terdahulu, Peguam Negara Idrus Harun tiba di Istana Negara sekitar 10.47 pagi tadi dan Ketua Polis Negara, Acryl Sani tiba 11.16 pagi di pintu 1, ketika seluruh negara ternanti-nanti ketibaan Muhyiddin dan orang kenamaan lain.

Idrus keluar dari Istana Negara pada 11.54 pagi tadi. – FMT



 

Join our Telegram Channel
Telegram