Mesyuarat tergempar MKT UMNO esok



PETALING JAYA: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka diadakan secara maya pada pukul 4 petang esok.

Menerusi satu ciapan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perihal kenyataan media Istana Negara warkah Yang di-Pertuan Agong.


“Antara perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan Istana Negara, isu darurat dan ordinannya dan penangguhan sidang Parlimen hari ini,” katanya dalam laman Twitter.

Kali terakhir Mesyuarat MKT UMNO diadakan adalah pada 7 Julai lalu.

Pada 8 Julai, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram