KUALA LUMPUR – Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima tarikh untuk mengambil keterangan Nadir Al-Nuri dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.
“Kita telah cuba berhubung dengan kedua-dua individu ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian, namun tidak dibalas.
“Kita telah memohon bantuan Interpol dan sedang menunggu jawapan daripada pihak Interpol bagi sebarang perkembangan terbaharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Katanya, semua proses telah dibuat, hanya tunggu untuk ambil keterangan kedua-dua individu terbabit.
“Kita harap mereka memberi kerjasama dan memberi maklum balas secepat mungkin,” jelasnya.
Kosmo! pada 10 Ogos lalu melaporkan polis sedang berhubung dengan Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri untuk menetapkan tarikh diambil keterangan.
Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dilakukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 21 Julai lalu.
Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.
Dalam pada itu Caprice dalam Instagramnya mengalu-alukan pihak polis menghubunginya.
“Orang kata, ada pihak cari kita? Amman to Ramallah. Siapa-siapa tengah cari, polis ke, Interpol ke, mak mertua ke, Zizan untuk ‘keychain’ Firaun ke, boleh WhatsApp saya.
“Nombor (telefon) ada di ‘bio’ Instagram,” tulisnya.
Pada Julai lalu Ebit Lew membuat laporan polis serta mengadakan sidang akhbar menafikan dakwaan Nadir dan Caprice berhubung isu bayaran wang kepada pihak tertentu untuk memasuki Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Video mirip Ebit Lew beraksi tak senonoh atas katil tular
- Polis akan siasat penularan video lucah mirip Ebit Lew
- Kami tak terlibat dengan Ebit Lew, kata wakil Dr Fadzilah Kamsah
- Air mata, kopiah tak boleh selamatkan kamu lagi – Caprice
- Gangguan Seksual: Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman?
- Ini satu fitnah yang sangat kejam – Ebit Lew
- Saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya – Ebit Lew
- Gangguan seksual: Siasatan ke atas Ebit Lew diteruskan hingga polis puas hati
- PANAS: Polis serbu rumah Ustaz Ebit Lew
- PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice
- Kita tak boleh dedah berapa banyak laporan ke atas Ebit Lew diterima – Polis
- PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice
- Caprice koyak tiket takut nak balik Malaysia
- Mereka buat saya rasa macam penjenayah – Caprice
- Polis: Nadir, Caprice tak balas panggilan, selepas itu baru kita mohon bantuan Interpol
Join our Telegram Channel