Hadi kekal jadi duta khas bertaraf menteri



Kerajaan Malaysia bersetuju mengekalkan tiga pemimpin parti politik negara sebagai duta khas perdana menteri seperti yang ditetapkan perdana menteri terdahulu, Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata persetujuan tersebut dicapai melalui mesyuarat pertama kabinet pada 1 Sept.


Tiga pemimpin parti politik terbabit ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tiong King Sing dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Richard Riot Jaem.

Abdul Hadi merupakan ahli parlimen Marang yang diberikan kedudukan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah, manakala Tiong ke China, manakala Riot ke Asia Timur. – Mkini

 

Join our Telegram Channel
Telegram