Idris Haron belum buat keputusan nak bertanding kerusi mana



SUNGAI UDANG 18 Okt. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron belum membuat keputusan mengenai kerusi yang bakal ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Idris menegaskan, beliau sedang mempertimbangkan pelbagai aspek sebelum membuat keputusan muktamad sama ada mempertahankan kerusi Sungai Udang atau sebaliknya.


Bagaimanapun, yang pasti ialah beliau tidak akan bertanding di bawah simbol Barisan Nasional (BN) kerana sudah dipecat daripada menjadi ahli UMNO.

“Saya belum pasti lagi (kerusi yang akan ditandingi) tetapi yang pasti ialah saya tidak akan bertanding di bawah logo BN kerana saya sudah kena buang daripada parti.


“Walau apa pun yang terjadi, lawan tetap lawan dan insya-Allah pengundi di negeri ini bijak membuat pilihan siapa yang akan menjadi pemimpin mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan parti yang akan disertainya. – MHI





Join our Telegram Channel
Telegram