Kalah pemilihan tapi nak jadi Ketua Menteri, Mohamad Ali dedah sikap sebenar Idris Haron



Idris Haron tidak mesra dengan rakyat. Rakyat susah nak jumpa dia.

Ada yang mengadu kena tunggu 3-4 jam depan rumah dia sebelum dapat jumpa. Padahal dia di dalam rumah bersembang kosong dengan kawan-kawan politik dia.

Sebab itu Idris kalah pemilihan parti di Tangga Batu. Ahli Umno di sana tidak mahu mengundi dia sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu disebabkan sikap ego dia sendiri.


Dulu rakyat nak jumpa ketua menteri sewaktu era Ali Rustam sangat mudah. Tapi zaman Idris selepas office hour Idris tak mahu jumpa. Macam mana rakyat nak jumpa waktu office hour, mereka juga kena kerja.

Idris kalah dengan Mohamad Ali. Semenjak itu Idris menjarakkan diri dengan aktiviti Umno di kawasannya sehinggakan pemimpin tertinggi parti datang ke Melaka atau datang ke kawasan pun Idris tidak mahu tunjuk muka.

Pernah satu ketika Idris kantoi menipu memberikan alasan kononnya beliau ada urusan di Tehran padahal sebenarnya beliau ke Istanbul untuk bercuti untuk mengelak hadir ke majlis anjuran Umno Tangga Batu.


Bukan pun pelik jika berkecil hati kerana kalah pemipihan parti tetapi perlukah sampai mengkhianati parti yang banyak berjasa kepada Idris sendiri?

Mengapa perlu menjatuhkan kerajaan di saat ekonomi di Melaka baru sahaja dibuka?

Tindakan Idris bersengkongkol dengan DAP dan Pakatan Harapan untuk mengejar kuasa di saat rakyat terkurung sangatlah tidak boleh di maafkan.

Selanjutnya tonton video di bawah:


Please subscribe

 



Join our Telegram Channel
Telegram