Kian Ming positif Covid-19



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming disahkan positif Covid-19 hasil keputusan  ujian saringan Transkripsi Balikan-Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR).

Beliau  melakukan ujian saringan kit kendiri terlebih dahulu ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat sebelum disahkan menerusi ujian RT-PCR.


“Saya ke Parlimen pada tengah hari tadi dan menjalani ujian kit kendiri pada pukul 3.30 petang sebelum disahkan positif sejam kemudian berdasarkan ujian RT-PCR.

 “Saya tidak mempunyai apa-apa simptom dan akan dikuarantin selama 10 hari,” katanya menerusi Twitternya hari ini. Utusan

 

Join our Telegram Channel
Telegram