IPOH- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan pemergian penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid tengah malam tadi sebagai satu kehilangan yang cukup menyedihkan baginya.
Allahyarham telah dianggap beliau sebagai abang sendiri tambahan lagi mereka membesar bersama-sama di Kampung Sungai Rokam.
“Saya berasa dukacita dan sedih menerima perkhabaran kematian Allahyarham yang sudah dianggap seperti abang sendiri.
“Kami membesar di Kampung Sungai Rokam dan saya sendiri amat rapat dengan keluarga beliau termasuk isterinya.
“Pemergian beliau bukan sahaja kehilangan besar buat negara dan industri perfileman bahkan kepada saya secara peribadi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Senamrobik Perdana Trofi Peja 2021 di Padang Bola Sepak Lintau, Manjoi di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel