Pakatan Harapan (PH) bersama empat wakil rakyat yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka memohon untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ali Rustam hari ini.
"Sehubungan dengan itu saya mewakili 11 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Idris Haron mewakili empat Adun berhasrat untuk menghadap Tuan Yang Terutama Melaka untuk membincangkan usaha yang boleh diambil untuk kestabilan politik Melaka dan kesinambungan kerajaan negeri dapat diteruskan.
"Hari ini kita akan sampaikan surat pada Tuan Yang Terutama dan tunggu jawapan istana negeri," katanya dalam sidang media di Melaka, hari ini.
Terdahulu, Idris yang juga bekas ketua menteri Melaka mengumumkan dia dan tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.
“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, bersama (Adun) Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.
“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” kata Adun Sungai Undang itu.
Dalam pada itu, Adly turut ditanya mengenai calon ketua menteri jika PH bersama empat Adun yang menarik diri ingin membentuk kerajaan.
Katanya, perkara itu diserahkan kepada Yang di-pertua Negeri Melaka untuk membuat keputusan.
"Kalau kita lihat perlembagaan negeri, kuasa melantik (ketua menteri) di bawah Tuan Yang Terutama Tun.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
Join our Telegram Channel