'Saya tekan butang sekarang, jatuh kerajaan Johor' – Muhyiddin



Jasin: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan veteran Umno Tan Sri Shahrir Samad yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Menyifatkan cabaran itu sebagai 'tidak bijak', Presiden Bersatu itu jelas berang dengan kenyataan Shahrir yang disifatkan memberi risiko keselamatan rakyat Johor yang mungkin menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN), jika Bersatu menarik sokongan.

"(Cabaran) itu berniat jahat. Shahrir nak macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.


"Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor.

"Tengok di Melaka. Jahat. Kerajaan sudah ada. Dia sendiri tumbangkan. Shahrir cabar Bersatu tarik sokongan supaya pemimpin itu jatuh. Bijak atau bodoh? Minta maaflah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shahrir semalam, yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor.

Ia susulan ketika Muhyiddin berucap pada satu majlis di Shah Alam, semalam, menyifatkan Umno sebagai parti yang mementingkan diri sendiri, walaupun ketika rakyat berdepan ancaman Covid-19.


Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pemimpin politik sewajarnya memikirkan soal rakyat dalam tempoh sukar ketika ini, selain mendakwa cabaran Shahrir dibuat kerana beliau marah akibat tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Kalau nak buat, saya boleh buat tapi saya tak nak buat sebab saya kasihan dengan rakyat Melaka.

"Takkan saya nak buat di Johor, bodohlah saya. Cabaran itu sangat tidak munasabah, kenyataan politik yang amat tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, orang Johor marah Shahrir," katanya. – Hmetro



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram