Salji turun di Gunung Kinabalu



RANAU: Gunung Kinabalu mengalami fenomena luar biasa apabila kawasan puncaknya dituruni salji, pagi tadi, sehingga video rakamannya turut menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira dua minit bermula 6.20 pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid, kawasan yang dituruni salji berlaku di sekitar Sayat-Sayat iaitu di kilometer 7 hingga ke puncak gunung berkenaan.


“Keadaan cuaca di kawasan gunung pagi ini sejuk sedikit berbanding biasa. Berdasarkan rekod suhu, ia sekitar 6.9 hingga 12.3 darjah celcius dari jam 2 hingga 10 pagi. Tahap kelembapan pula ialah 52 hingga 62%.

“Kejadian ini sedikit luar biasa kerana kelazimannya hanya berlaku hujan ais atau pembekuan di sekitar puncak. Apa yang dilihat pagi ini ialah, ianya benar-benar salji,” katanya kepada FMT.

Justinus berkata, mengikut rekod sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku pada 1975 dan 1993. – FMT



Please subscribe


Please subscribe


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram