JAKIM lantik wanita sebagai pengarah baharu



Datuk Hakimah Mohd Yusoff melakar sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuat kuasa 21 Mac ini.

Mengumumkannya hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata berkata pemilihan Hakimah, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, adalah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khususnya di Jakim.


“Pelantikan ini menjadi sejarah kepada Jakim apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita sekali gus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini serta mengucapkan tahniah di atas pelantikan Hakimah itu.

Mohd Zuki berharap pelantikan Hakimah dapat memacu Jakim ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia pada 2001, Hakimah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim pada 1992. – Bernama

 

Join our Telegram Channel
Telegram