Lelaki jual air ketum di Facebook Putrajaya ditahan



PUTRAJAYA – Seorang penjual udang ditahan ketika sedang menghantar bekalan air ketum siap proses kepada pelanggannya di Presint 9, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek ditahan ketika menungggang motosikal bersama 10 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair air ketum.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek bertindak sebagai penghantar (runner) dan bekalan air ketum pula diperolehi daripada pembekal di Kuala Lumpur.


“Siasatan juga mendapati, suspek membeli air ketum pada harga RM10 sebungkus dengan pembekal dan menjual semula kepada pelanggannya pada harga RM15 sebungkus.

“Suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta yang sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya mendapati, suspek turut mengiklankan air ketum berkenaan menerusi kumpulan Facebook komuniti penduduk di Presint 9 di sini. – Kosmo 

 

Join our Telegram Channel
Telegram