DEDAH: Muhyiddin anjur perbincangan antara PN, PH di Pulau Carey



Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir telah membuat gesaan supaya pembangkang tidak lagi berpecah dalam PRU 15. 

Alasan beliau ialah dalam dua pilihanraya negeri, walau pun UMNO/BN tidak capai 50% undi popular tetapi berjaya membentuk kerajaan.

Malah beliau menjangkakan akan wujud gabungan pembangkang untuk tentang BN dalam PRU 15.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula buat kenyataan, bahawa UMNO/BN menang dalam dua pilihanraya negeri bukan kerana UMNO/BN kuat.

Tetapi kerana pembangkang berpecah.


Alasan yang diberikan kedua-dua mereka ada asasnya tetapi bersifat klishe.

Kalau dah tahu itu alasannya semasa PRN Melaka, kenapa tak keluarkan pengundi putih masing-masing waktu PRN Johor?

Beberapa penyokong PH yang Edisi Siasat temui ketika PRN Johor mengatakan mereka tidak akan keluar mengundi kerana marah dengan PH.

Mereka masih teragak-agak untuk mengundi BN, tetapi tidak sekali-kali akan mengundi PH.

Jadi, kalau alasan PH dan PN bahawa BN menang nasib kerana peratusan undi rendah, apakah peratusan undi mereka bertambah?

Lawan sedang bertelagah, UMNO/BN mesti segera bertindak

Terbongkar satu pertemuan telah dianjurkan oleh Muhyiddin Yasin untuk membincangkan penyatuan PN dan PH dalam PRU 15 nanti.


Sumber memaklumkan, pertemuan satu hari itu diadakan di Pulau Carey, Selangor.

Namun kata putus masih gagal dicapai atas beberapa sebab.

DAP khabarnya tidak mahu terima PAS dalam pakatan baru sebab dasar PAS yang mereka sifatkan ekstrim.

Lebih mendukacitakan Muhyiddin, PH secara terus terang menganggap PN sebagai liabiliti yang akan merugikan mereka.

PKR pula masih enggan menerima geng kartel Azmin untuk bersama-sama mereka.

Malah PAN sendiri menganggap geng kartel Azmin adalah pengkhianat sebenar kepada PH.

DAP pula khabarnya secara sindiran menyatakan PKR kini sudah menjadi liabiliti PH dan lebih menunjukkan minat terhadap MUDA.

Suasana agak tegang bila perkara itu dibangkitkan dan akhirnya pertemuan diakhiri tanpa sebarang persetujuan.


Edisi Siasat yakin, pertemuan itu bukanlah pertemuan terakhir.

Akan ada siri pertemuan di masa akan datang.

Rahsia musuh sedang bertelagah sesama sendiri sudah dibongkarkan.

UMNO/BN mesti mengambil tindakan segera sebelum persetujuan dicapai oleh pihak musuh.

Jangan tunggu sehingga musuh sudah memulihkan kekuatan untuk bertindak. – EdisiSiasat




Join our Telegram Channel
Telegram