KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang lelaki mengambil pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan perbuatan tidak senonoh mengundang padah selepas dia ditahan di sekitar Puchong, Selangor semalam.
Perbuatan tersebut berjaya dirakam jiran mangsa menerusi sebuah video berdurasi 45 saat sebelum ia tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah menerima aduan pada hari yang sama kira-kira pukul 2.44 petang.
“Lelaki berkenaan telah mengambil pakaian dalam yang dijemur mangsa berhampiran sebuah Flat Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. Suspek telah mencium pakaian tersebut dan melakukan perbuatan onani.
“Perbuatan tersebut telah dilihat dan dirakam jiran mangsa yang kemudiannya menghubungi mangsa untuk memaklumkan perbuatan lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, hasil risikan sepasukan polis dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, suspek telah berjaya dikesan dan ditahan.
“Suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 62 tahun yang tinggal di sekitar Puchong, Selangor. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Isteri kantoi bawa masuk lelaki lain depan mata suami
- Lelaki 53 tahun peluk, gesel kemaluan kanak-kanak ditahan
- 9 dari 10 remaja perempuan ketagih seks, tawar serendah RM50
- Bulu dada lebat tanda nafsu seks tinggi
- Rogol anak kandung, rodok kemaluan isteri dengan botol, objek keras
- Bomoh rogol bakal pengantin umur 23
- 4 abang rogol adik ditahan polis
- Direman 14 hari akibat tepuk punggung janda
- Dipenjara 7 bulan kerana gigit isteri
- Punya cilake perangai, siap kemam seluar dalam saiz triple XXL pon boleh pacuceng
- Pelajar 16 tahun mengandung dirogol sepupu masuk pintu depan tak berkunci
Join our Telegram Channel