Pelajar 16 tahun mengandung dirogol sepupu masuk pintu depan tak berkunci



Kulim: Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya mengandung empat bulan angkara dirogol sepupu sendiri ketika mangsa berada di rumah mereka di sebuah kawasan perumahan, dekat sini, tahun lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas ibu remaja berusia 16 tahun itu pelik apabila melihat perut anaknya semakin membesar sebelum dia mendesak mangsa menceritakan perkara sebenar.


Menurut sumber, remaja itu membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa dirinya dan susulan itu, suspek berusia 25 tahun ditahan untuk siasatan.

"Hasil siasatan lanjut mangsa memberitahu dia dirogol pada September tahun lalu, namun tidak ingat tarikh dan masa dengan tepat.

"Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang tidur dalam bilik dan suspek masuk melalui pintu hadapan rumah yang tidak berkunci," katanya.

Sumber berkata, suspek yang juga sepupunya itu kemudian berpesan kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek jarang berkunjung ke rumah mangsa dan selepas kejadian itu remaja perempuan terbabit mendakwa dia tidak datang haid.


"Walaupun mengesyaki dirinya hamil, mangsa tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa, malah dia langsung tidak menghubungi suspek.

"Kejadian itu hanya terbongkar apabila remaja berkenaan menceritakan perkara sebenar selepas beberapa kali didesak ibunya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram