Anwar menang lagi tanpa bertanding



Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mengumumkan Anwar Ibrahim menang jawatan presiden tanpa bertanding bagi pemilihan parti sesi 2022-2025 yang berlangsung Mei ini.

Ini memandangkan tiada pihak yang mengumumkan akan mencabar jawatan itu.


“Mengulangi sejarah Pemilihan PKR 2018, saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi PKR.

“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pemilihan parti akan bermula pada 13 Mei hingga 18 Mei.

Semalam, pejabat Anwar dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa dia akan mempertahankan kerusi presiden PKR yang disandangnya dalam pemilihan parti.


Pemilihan PKR pada Mei ini akan melibatkan kira-kira 1.2 juta anggotanya dengan pengundian dijalankan secara biasa dan dalam talian.

Pemilihan itu adalah yang pertama selepas penjajaran semula parti politik melalui 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan jatuhnya PKR dan Pakatan Harapan (PH) daripada tampuk kekuasaan. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram