SEORANG askar dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 34 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sibu pada Khamis kerana merogol dan melakukan serangan seksual ke atas anak perempuannya.
Tertuduh, Muhamad Hakimi mengaku bersalah di hadapan Hakim Marutin Pagan atas tuduhan merogol anak perempuannya berusia 16 tahun sebanyak tiga kali di dalam bilik rumah panjang mereka dari 11 Mac hingga 26 April lalu.
Hakim Marutin menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi setiap tiga pertuduhan.
Tertuduh turut dijatuhi hukuman satu sebatan bagi setiap empat pertuduhan serangan seksual mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Hakim Marutin memerintahkan supaya hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 21 April.
Kes itu terbongkar apabila mangsa memberitahu gurunya pada 12 April lalu bahawa dia telah dirogol oleh bapanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel