SEREMBAN: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 28 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang masih bawah umur pada 2017 dan 2018.
Lelaki berusia 47 tahun itu mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.
Surita kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala penjara lapan tahun dan satu sebatan serta tambahan dua tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.
Bagaimanapun, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 3 April lepas.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka di Jempol, pada 12.01 tengah malam antara 20 hingga 31 Dis 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah disebat tidak kurang 10 sebatan.
Lelaki itu turut didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang ketika itu berumur 12 tahun dua bulan di lokasi dan waktu sama antara 11 hingga 30 April 2018.
Dia didakwa bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat mengikut Seksyen Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa cuba memberitahu perkara itu kepada ibu dan adik-beradiknya selepas kejadian, tetapi dinafikan tertuduh sehingga ibu mangsa tidak mempercayai mangsa.
Bagaimanapun, tahun ini mangsa yang berusia 17 tahun memberitahu rakannya mengenai perbuatan tertuduh dan melaporkan kepada guru pada 3 April seterusnya membuat laporan polis pada hari sama.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana insaf dan menyesal perbuatan keji yang dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Bapa rogol, seks luar tabii, cabul anak kandung umur 24 tahun dalam lori
- Lelaki beristeri 2 ratah 2 anak kandung sejak 7 tahun
- Bapa rogol anak kandung dipenjara 50 tahun, 8 sebatan
- Ayah masuk bilik tengah malam rogol anak 15 tahun
- Askar rogol anak kandung umur16 tahun, dipenjara 18 tahun 34 sebatan
- Bapa iblis liwat anak perempuan 4 tahun
- Lelaki beristeri 2 ratah 2 anak kandung sejak 7 tahun
- Lelaki isteri 2 mengaku 28 pertuduhan seks terhadap dua anak
- Lelaki 2 isteri rogol 2 anak dipenjara 428 tahun, 240 sebatan
- Ibu rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Lelaki rakam adegan amang seksual ibu, anak lelaki ditahan
- Ibu didakwa laku amang seksual terhadap 2 anak lelaki
- Rogol anak kandung, lelaki dipenjara 28 tahun, 13 sebatan
- Bapa rogol anak 19 tahun dihukum penjara 54 tahun, 25 sebatan
Join our Telegram Channel