Gesa perbicaraan 1MDB, Najib bagi jawapan padu kepada Muhyiddin



Bulan Ramadan, Muhyiddin cuma fikir benda macam ini?

Tapi dia tak terfikir bahawa masa dia dalam kerajaan PH dan PN, saya telah dikenakan 10 kes oleh Jabatan Peguam Negara yang berjalan serentak.

Bagaimana nak dipercepatkan?


Ini adalah senarai kes-kes yang saya sedang hadapi:

1. Kes SRC RM42 juta - kerajaan PH
(Kes ini sudah di peringkat Mahkamah Persekutuan) 

2. Kes SRC RM27 juta - kerajaan PH
(Kes ini baru bermula)

3. Kes 1MDB-Tanore - kerajaan PH
(Dalam perbicaraan)

4. Kes Laporan Audit - kerajaan PH
(Dalam perbicaraan)

5. Kes IPIC - kerajaan PH
(Dalam perbicaraan)


6. Saman sivil lucut hak dana tunai - kerajaan PH
(Saya sudah menang kes ini)

7. Saman sivil lucut hak barangan - kerajaan PH
(Saya sudah menang kes ini)

8. Saman muflis cukai RM1.7 bilion LHDN - kerajaan PH dan PN
(Kes dalam perbicaraan tapi saya pelik kenapa wang dari sumber asing yang tidak patut dicukai tiba-tiba dikenakan cukai. Bahagian besar dana yang telah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian juga dikenakan cukai. Tiba-tiba saya disuruh bayar dulu, bincang kemudian sekiranya LHDN tersilap. Jika tak bayar dulu, saya dimufliskan)

9. Saman sivil ganti rugi 1MDB US$8 bilion (RM33.5 bilion) - kerajaan PN

10. Saman sivil ganti rugi SRC US$1.18bil (RM4.94 bilion) - kerajaan PN


Kedua-dua kes saman sivil dimulakan oleh kerajaan PN. Bukan kes jenayah tetapi saman sivil untuk saya bayar ganti rugi sebanyak RM33.5 bilion dan RM4.94 bilion sekiranya saya salah.

Yang dilantik dan dibayar oleh 1MDB/SRC untuk ketuai kes ialah peguam peribadi Muhyiddin juga.

Saya pelik. Sekiranya saya sudah diperintah bayar denda RM210 juta dalam kes SRC, bagaimana pula saya nak bayar cukai RM1.7 bilion, gantirugi RM33.5 bilion dan RM4.94 bilion lagi?

Biarpun kerajaan perlu tanggung kos besar bagi membayar peguam serta kos perbicaraan mahkamah sekiranya kerajaan menang kes-kes sivil ini pun kerajaan tak dapat apa-apa sebab takkan saya boleh dimufliskan 4 kali?

Tapi dibuat mereka juga.

Sepuluh kes-kes ini belum ambil kira pula pendakwaan terhadap dua peguam pertahanan saya dan kes-kes saman terhadap ahli-ahli keluarga saya.

Bukan hanya saya dikenakan tetapi peguam-peguam yang mahu pertahankan saya turut didakwa.

Adalah terlalu mudah untuk mereka kenakan puluhan kes ke atas saya sebab kos membayar peguam mereka di bayar kerajaan dan kuasa untuk memulakan pendakwaan adalah kuasa mutlak kerajaan manakala saya perlu tanggung kos peguam sendiri dan menghadapi setiap kes satu persatu.


Saya dah naik turun mahkamah hampir 500 hari dalam tempoh 4 tahun sejak PRU14. Duduk pukul 9 pagi hingga 5 petang dalam mahkamah hampir setiap kali.

Tetapi saya tak lari, saya tak runding dan saya tak surrender. Saya terus melawan agar saya mendapat keadilan sebenar.

Yang lagi hairan ialah satu persatu kes-kes pemimpin PH pula ditarik balik oleh peguam negara manakala kes-kes yang mereka jelas bersalah seperti video tak HD tidak didakwa pula.

Yang melompat juga tiba-tiba takde kes lagi. Pelik.

Seterusnya kes-kes terhadap pengurusan serta pengarah SRC/1MDB juga tidak didakwa atau ditarik balik manakala pihak-pihak seperti keluarga bekas Gabenor BNM yang menerima RM700 juta dari Jho Low dan bekas menteri yang membuat keputusan SRC menerima RM85 juta dari Jho Low tidak didakwa oleh kerajaan PH dan PN yang tumbang pula.

Maklumat-maklumat ini juga tidak didedahkan dalam mahkamah oleh pendakwaan, tidak diberitahu kepada peguam saya bagi pembelaan saya malah dijadikan saksi pendakwaan pula.

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram