Guru dipuji kerana berani berdepan dengan YB biaDAP



PETALING JAYA – Seorang wakil rakyat mengamuk serta mempertikaikan pengurusan pihak sekolah yang melarang kenderaan ibu bapa mahupun wakil yang ingin mengambil pelajar masuk sehingga ke dalam kawasan sekolah.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin berkongsi situasi ketika individu tersebut tampil menyuarakan pandangannya agar pihak sekolah membenarkan kenderaan penjaga masuk ke kawasan sekolah.

Katanya, ia bertujuan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di luar kawasan sekolah memandangkan sekolah berkenaan mempunyai dataran luas untuk digunakan sebagai tempat mengambil dan menurunkan pelajar.


Namun, cadangan individu berkenaan ditolak oleh guru yang bertugas menjaga pagar sekolah ketika menyambut kedatangan pelajar sesi pagi.

Dalam rakaman yang dikongsikan, dapat dilihat kejadian tersebut akhirnya menimbulkan perdebatan antara mereka kerana individu terbabit tetap berkeras dengan cadangannya itu.

“Benarkan kereta masuk, bagi tahu saya kenapa kereta tak boleh masuk.

“Kenapa anda terlalu pentingkan diri, inikah dinamakan pendidikan,” kata individu tersebut.

“Siapa nak jamin keselamatan murid di dalam kawasan sekolah jika kenderaan bebas keluar masuk sehingga ke dalam,” balas guru bertugas.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai berhubung kejadian tersebut.


“Betul tindakan guru itu, pelajar ramai dalam sekolah keluar masuk, apabila terjadi pelanggaran dalam sekolah, automatik dah jadi tanggungjawab guru dan sekolah, jadi apa-apa mereka yang susah,” ujar Noor Hidayah.

“Sekolah ada hak nak benarkan kenderaan masuk atau keluar, itu kawasan sekolah, bukan hak ‘YB’ nak tentukan itu ini sesuka hati,” komen Fikri.

“Amboi ‘YB’, garangnya, sepatutnya, buat perbincangan bersama pihak pengurusan sekolah dahulu, bukan terus serang guru bertugas, mereka jalankan tugas seperti mana diarahkan, kalau wakil rakyat pun cepat melenting depan orang ramai, buat malu sahaja,” kata seorang pengguna. – Kosmo



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram