Umno cadang Ismail Sabri calon PM untuk #PRU15


Majlis Tertinggi (MT) Umno mencadangkan agar Ismail Sabri Yaakob menjadi calon perdana menteri BN pada PRU15.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan presiden, Ahmad Zahid Hamidi hari ini.


"MT Umno sebulat suara mencadangkan agar Ismail Sabri Yaakob menjadi calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang," kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kenyataan.

Keputusan itu di tengah spekulasi berkenaan kedudukan Ismail selepas PRU akan datang.

Ketika PRN Johor sebelum ini, Zahid membayangkan BN belum memutuskan siapa yang akan akan menjadi 'poster boy' gabungan itu untuk PRU15.


Zahid juga ketika itu berkata nama berkenaan akan diumumkan kemudian selepas Umno membuat keputusan.

Ismail Sabri yang adalah ahli Parlimen Bera merupakan salah seorang daripada tiga naib presiden Umno.

Namun sebelum ini ada dakwaan terdapat persaingan dalam parti itu antara pihak yang menyokong Ismail Sabri dengan pihak yang menyokong Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram