KECOH: Tangan lelaki merayap masuk tirai makmum wanita ketika terawih



Sempena bulan Ramadan ini, boleh dikatakan masjid atau surau penuh dengan orang ramai untuk berbuka puasa dan juga beribadah.

Akan tetapi, muncul pula situasi yang mengejutkan berlaku di masjid.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zuhailazainal telah berkongsi video memaparkan situasi mengejutkan di masjid.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat cubaan lelaki didakwa cuba mengintai di bahagian wanita.

Bukan itu sahaja, tangan lelaki itu juga merayap di bawah tirai pemisah antara makmum lelaki dan wanita.

Difahamkan, bukan sekali tangan lelaki itu didapati merayap dan seperti cuba meraih sesuatu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan telah tular di media sosial.


Rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut dan tidak sangka ada orang berkelakuan seperti itu di dalam masjid.

Para netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap tidak bermoral.

Malah, segelintir netizen turut berpendapat bahawa mungkin lelaki itu berniat untuk mencuri serta nasihatkan orang ramai menjaga barangan berharga mereka ketika berada di masjid atau surau. – Vocket



Please subscribe






Join our Telegram Channel
Telegram