Umat Islam berpuasa dua kali setahun pada 2030



RIYADH - Umat ​​Islam akan menyambut bulan Ramadan sebanyak dua kali dalam setahun pada tahun 2030 berdasarkan kalendar Gregorian, menurut seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled Al Zaqaq, lapor laman web Al Arabiya pada Selasa.

Ini disebabkan oleh fakta bahawa kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan manakala kalendar Gregorian menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari.


Perbezaan antara dua kalendar bermakna Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar tahun Gregorian.

Ia berlaku kira-kira setiap 30 tahun, kata ahli astronomi tersebut itu dalam video yang disiarkan di akaun Twitternya.

Kali terakhir ia berlaku pada tahun 1997 dan sebelum itu pada tahun 1965.

Ia akan berlaku lagi pada tahun 2063.

Kalendar Gregorian mula digunakan pada tahun 1500an.


Pada tahun Hijriah 1451 Hijrah, Ramadan akan bermula sekitar 5 Januari 2030 dan pada tahun 1452 Hijrah pula jatuh sekitar 26 Disember 2030.

Tahun Hijriah berlangsung selama 354 atau 355 hari bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregorian yang mempunyai 365 hari dalam setahun.

Ini juga bermakna bahawa Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun. – Agensi 
Join our Telegram Channel
Telegram