JIJIK: Isteri terdiam, semua kawan suami beri hadiah kondom di majlis perkahwinan



Sebelum ini, pernah tular trend memberikan hadiah ‘rare’ kepada pasangan pengantin daripada kawan-kawan terdekat seperti tong gas, mop, joran dan sebagainya.

Terbaharu, tular sebuah video TikTok yang dikongsi semula pengguna Twitter @MalaysiaVirall memaparkan situasi di majlis perkahwinan dimana kawan-kawan pengantin memberikan hadiah tidak senonoh kepada pengantin.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawan-kawan pengantin secara bergilir-gilir memberikan hadiah iaitu kondom kepada pengantin lelaki di atas pelamin ketika majlis.

Malah, pengantin wanita masih tersenyum menahan malu apabila melihat hadiah tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan tindakan rakan-rakan pengantin itu.


Malah, para netizen melabelkan perbuatan rakan-rakan pengantin tidak menghormati pengantin kerana memberikan ‘hadiah’ seperti itu.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat tidak seharusnya ini terjadi kerana ia memalukan pihak pengantin dan pasti ramai tetamu serta keluarga menyaksikan tindakan mereka. – Vocket







Join our Telegram Channel
Telegram