Johor kaji semula cuti Jumaat Sabtu



Johor Bahru: Kerajaan Johor akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau maklum mengenai keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza antara pihak kerajaan dan swasta.


"Kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

"Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah yang paling tuntas untuk menyelesaikan perkara ini," katanya ketika menyampaikan amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA), di sini, hari ini.


Pada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-55, menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda dilaporkan bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari 2014 bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. – Hmetro

 

Join our Telegram Channel
Telegram