SHAH ALAM: Seorang peguam mewakili Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan terlibat dalam pergelutan dengan jurugambar akhbar sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi hari ini.
S Suresh sedang berjalan bersama Samirah dan peguam lain ke kamar mahkamah apabila mereka dikepung oleh jurugambar yang menjalankan tugas, dengan polis mengarahkan mereka diberi laluan.
Suresh dilihat menepis kamera seorang jurugambar dan beliau dikatakan membalas dengan menendang peguam itu.
Seorang lagi jurugambar didakwa menolak Suresh ketika peguam itu memasuki satu lorong menuju ke kamar mahkamah. Suresh dikatakan menghampiri jurugambar pertama dan merampas kad media yang tergantung pada lanyard di lehernya.
Difahamkan jurugambar terbabit akan membuat laporan polis.
Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Samirah dan dua remaja itu daripada tuduhan membunuh setelah hakim Ab Karim Ab Rahman memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Please subscribe
Please subscribe
Join our Telegram Channel