Lelaki Arab bawa pisau ketika solat Aidiladha ditahan



JOHOR BAHRU: Padah membawa senjata berbahaya ketika menunaikan solat sunat Aidiladha, seorang lelaki warga asing ditahan polis di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, pagi tadi.

Warga asing berusia 57 tahun itu ditahan selepas suspek kehadirannya dengan sebilah pisau bersarung berukuran lebih kurang 33 sentimeter termasuk hulu terselit pada tali pinggangnya, dikesan sepasukan anggota yang mengadakan kawalan keselamatan di masjid berkenaan kira-kira jam 8.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan penahanan lelaki warga asing itu.


"Hasil siasatan, polis mendapati senjata yang dirampas itu adalah sebahagian daripada hiasan pemakaian perayaan di negara asal warga asing berkenaan.

"Bagaimanapun dari segi undang-undang di Malaysia, ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya melalui kenyataan semalam.

Raub berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan sebat. – Bernama






Join our Telegram Channel
Telegram