Najib perli Kit Siang, DAP mahu jajaran baru ke? Kita kopi-kopi la dulu – Najib



Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyoal sama ada pemimpin veteran DAP mahu jajaran baharu susulan kenyatannya yang bersedia untuk bekerjasama dengan bekas presiden Umno demi kebaikan negara.

Dia seterusnya mahu tahu bila Lim mahu membelanjanya untuk minum kopi bersama.

“Uncle (Kit Siang) mahu jajaran baharu ke? Bila mahu belanja mengopi?” tulisnya ringkas dalam satu hantaran di Facebook, sambil melampirkan ucapan yang dibuat oleh Lim itu.

Lim pada ucapannya kepada para penyokong di sebuah dialog di Teater Impian, Kuala Lumpur pada Ahad, 17 Julai lalu berkata, syaratnya, Najib perlu mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi


Katanya, personaliti seseorang itu tidak boleh dilihat sebagai suatu perkara yang sama ada hitam atau putih, sebaliknya dilihat sebagai pelbagai tona kelabu.

“Tidak ada malaikat dalam kalangan manusia, tetapi salah juga untuk melihat sesiapa sekali pun sebagai sumber segala kejahatan.

“Semua orang mempunyai naluri baik dan jahat, dan kita menilai seseorang itu berdasarkan sama ada naluri baiknya mampu mengatasi naluri jahatnya,

“Semua orang mampu untuk berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Setelah berdekad-dekad lamanya, malah sehingga hari ini, Umo dan DAP tidak pernah berbaik dan adalah seteru politik ketat. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram