Saya sedia bekerjasama dengan Najib – Kit Siang



Saya bersedia untuk bekerjasama dengan Najib Razak demi kebaikan negara dan bukannya untuk sebahagian dari kekayaan 1MDB, tetapi dia sendiri pertamanya perlulah mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi.

Dalam enam dekad kehidupan politik saya, saya sentiasa dipandu oleh pandangan bahawa personaliti seseorang itu tidak boleh dilihat sebagai suatu perkara yang sama ada hitam atau putih, sebaliknya dilihat sebagai pelbagai tona kelabu.

Tidak ada malaikat dalam kalangan manusia, tetapi salah juga untuk melihat sesiapa sekali pun sebagai sumber segala kejahatan.


Semua orang mempunyai naluri baik dan jahat, dan kita menilai seseorang itu berdasarkan sama ada naluri baiknya mampu mengatasi naluri jahatnya.

Semua orang mampu untuk berubah menjadi lebih baik.

Saya misalnya bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, demi kebaikan negara, bukan untuk mendapatkan sebahagian daripada kekayaan 1MDB, tetapi dia pertamanya perlulah mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi.

Adakah Najib bersedia untuk berbuat sedemikian? – Kit Siang


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram