Polis kesan pelancong kelakuan tak senonoh di Langkawi



LANGKAWI – Polis sedang mengesan seorang pelancong lelaki tempatan yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di sekitar pulau peranginan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima satu laporan polis selepas insiden lelaki terbabit duduk di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah tular di media sosial.


Siasatan awal mendapati lelaki itu bersama rakan-rakanya merupakan pelancong tempatan dan telah keluar dari Pulau Langkawi.

“Tindakan sedang diambil oleh pihak polis bagi mengesan suspek dan saksi-saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. – Kosmo








Join our Telegram Channel
Telegram